“Nasib tutup reply, kalau tak…” – Influencer Israel Tanya ‘Mana Malaysia’ Lepas Mereka Capai Tangga Ke-36 Dalam Olimpik

“Nasib tutup reply, kalau tak…” – Influencer Israel Tanya ‘Mana Malaysia’ Lepas Mereka Capai Tangga Ke-36 Dalam Olimpik
Share
Meskipun hanya mendapat satu pingat gangsa setakat ini dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020, semangat kesukanan di kalangan atlet Malaysia amatlah membanggakan.

Rata-rata rakyat Malaysia pun tidaklah kecewa malah tak sabar menantikan atlet kita bersaing dalam acara-acara sukan lain yang akan diadakan tidak lama lagi.

Walau bagaimanapun, nampaknya pungutan pingat negara kita telah menjadi topik ‘ejekan’ bagi satu influencer di Israel apabila dia bertanyakan di mana agaknya Malaysia berada dalam tangga carta pingat Sukan Olimpik.

Menerusi perkongsian Emily Schrader di Twitter, dia telah memuat naik satu video Tiktok memberitahu bahawa negaranya kini berada di tangga 36 manakala Malaysia pula di tangga 70. Jauh ketinggalan di belakang mereka.

Meskipun Emily menutup bahagian komen kerana tidak mahu postingnya dibanjiri komen dari rakyat Malaysia, rata-rata dari netizen telah quote tweet tersebut dan menyatakan rasa tidak puas hati mereka dengan TikTok itu.

Menurut netizen, tindakan Emily sangatlah kebudak-budakan dan hanya mempamerkan sikapnya yang sangat obses dengan Malaysia.

Sumber Lobak Merah

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel