"Saya minta maaf" – Azmin Ali luah rasa kesal tak dapat berbakti lagi
Monday, August 16, 2021

Susulan perletakkan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan barisan kabinet hari ini, netizen tidak berhenti menzahirkan kesedihan mereka terhadap pengumuman keputusan itu.
Selain netizen, beberapa orang menteri turut dilihat meluahkan rasa sedih mereka melalui akaun sosial media peribadi, termasuklah Menteri Kanan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali.
“Saya minta maaf diatas segala kekurangan”
Menerusi tweet yang dimuatnaik di akaun Twitternya, Dato’ Seri Azmin Ali dilihat berkongsi kekesalannya kerana gagal untuk membantu rakyat dari segi ekonomi dan menyediakan peluang pekerjaan yang secukupnya.
It has always been my intention to address the economic hardships & preserve jobs for the people. Although the economy is recovering, many has suffered during this ruthless global pandemic. My sincere apologies for any of my shortcomings. It has been an honour to serve you 🇲🇾.
— Mohamed Azmin Ali 🇲🇾 (@AzminAli) August 16, 2021
Menurut beliau lagi walaupun keadaan ekonomi kini semakin pulih, dia akui ramai lagi rakyat yang perlu dibantu kerana terkesan dengan wabak Covid-19 ini.
Melalui tweet ringkas itu, beliau sempat memohon maaf , selain berkongsi rasa bangganya kerana berpeluang untuk berkhidmat kepada rakyat Malaysia.
Tweet tersebut mendapat 1.4 ribu ulangciap selain mendapat sebanyak 793 komen dari pengguna laman tersebut.
Sumber: Twitter @AzminAli
Kredit: ohmymedia.cc