“Saya Nak Mati Sebagai Suami Orang” - Zul Ariffin

“Saya Nak Mati Sebagai Suami Orang” - Zul Ariffin
Share
Sebut sahaja nama Zul Ariffin, sememangnya pelakon itu menjadi kegilaan ramai peminat wanita yang sememangnya tergoda dengan tubuh badannya yang sasa dan berwajah kacak.

Menerusi sesi Live baru-baru ini, pelakon berusia 35 tahun itu meluahkan rasa hatinya yang turut terkesan dengan pandemik melanda negara.

Seperti sudah dijangka, pelakon itu pasti tidak akan terlepas dengan pertanyaan daripada peminat bilakah dirinya akan berumah tangga. Kata Zul, jika dia berkahwin dia hanya ingin solat bersama isterinya dan mahu ‘pergi’ sebagai seorang suami.
“Kalau saya berkahwin, perkara yang ingin dilakukan ialah solat bersama dan memegang tangan isteri. Itu yang saya nak lakukan sebelum mati. Sebelum saya mati, saya nak mati sebagai suami orang. Itu sahaja,” katanya.

Video tersebut dikongsikan semula oleh seorang pengguna di aplikasi Tiktok. Pengakuan Zul itu turut mendapat pelbagai reaksi netizen yang turut sebak serta mendoakan pelakon itu bertemu jodoh dengan wanita yang baik.

Sumber: Rotikaya

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel