“Saya Sudah Jangka Luahan Kami Dimanipulasi..” – Isteri Lan Solo Luah Rasa Terkilan
Monday, August 2, 2021

Setelah lama mendiamkan diri dari mengulas konflik ini, semalam, isteri kepada penyanyi Lan Solo iaitu Nur Shiela Hassim meluahkan rasa terkilan di ruangan Instagram Story apabila kata-katanya dan tiga rakan yang lain termasuk suaminya dimanipulasi.
"Walau masih ada yang waras berfikir mereka juga dikecam! Saya sudah jangka luahan kami dimanipulasi."
Dedahnya lagi, Siti Nordiana atau dikenali sebagai Nana hanya menyatakan menuntut permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam kepada media, tetapi tidak menjelaskan ianya berserta wang RM200,000 yang perlu dibayar oleh mereka.
Sedia maklum, setelah tercetusnya kontroversi tersebut, penyanyi Gurauan Berkasih itu telah meminta ‘lima sekawan’ terbabit untuk membayar RM200,000 setiap seorang dan tuntutan saman akan difailkan selewat-lewatnya 2 Ogos.
Kredit beautifulnara