Siti Sarah Ditidurkan, Jalani Pembedahan Keluarkan Bayi

Siti Sarah Ditidurkan, Jalani Pembedahan Keluarkan Bayi
Share
Petang Rabu lalu penyanyi Siti Sarah telah dimasukkan ke hospital selepas mengalami batuk yang teruk serta kekurangan oksigen dalam badan akibat daripada jangkitan COVID-19 dan telah ditidurkan.

Selepas beberapa jam ditidurkan, beliau yang sedang sarat hamil lapan bulan kini telah menunjukkan perkembangan yang positif dan suaminya, Shuib Sepahtu memaklumkan Sarah akan menjalani pembedahan untuk mengeluarkan bayi sekitar pukul 2 petang, Jumaat.

Perkara itu dimaklumkan oleh pengurus penyanyi tersebut, Nana Mohd. Rom daripada syarikat Indigital Music.

"Alhamdulillah, Shuib baru menghubungi saya. Doktor hubungi dia dan beritahu keadaan Sarah makin stabil. Kalau pembedahan ini berjaya, insya-Allah semuanya okey. Insya-Allah Sarah akan okey."
Sebelum ini, rakan pasangan selebriti ini turut mengadakan sesi bacaan Yasin secara maya bagi mendoakan kesejahteraan Sarah yang sedang bertarung di unit rawatan rapi (ICU).

Sedia maklum, penyanyi lagu Terakhir Buat Teman sekeluarga itu telah disahkan positif COVID-19 sejak 25 Julai lalu selepas mereka menjalani ujian saringan apabila pembantu rumah telah disahkan positif sebelum itu.

SUMBER : Harian Metro



Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel