Syatilla Melvin Dedah Berniaga Korek ASB Bukan Guna Duit Suami
Tuesday, August 31, 2021

Selepas mengusahakan produk kosmetik diberi nama Kekasih by The Melvins sejak Mei lalu, pelakon Syatilla Melvin bersama adik-beradiknya kini bergelar jutawan muda.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Syatilla ada memuat naik video berkongsikan mengenai peniagaannya. Syatilla menafikan perniagannya adalah duit daripada suaminya, Shaheizy Sam.
Menjawab soalan netizen mengenai perkara itu, Syatilla berkata dia menggunakan wang yang dilaburkan di Amanah Saham Berhad sebanyak RM8,000.
“Ramai yang tanya..berapa modal mula berniaga? Saya mula dengan RM8,000 seorang (setiap adik beradik). Pinjam duit suami ke? Saya korek duit ASB dengan harapan Allah gandakan,” tulisnya.
Dalam pada itu, Syatilla berkongsikan gaji pertama diterima mencecah lima angka dan meluahkan rasa syukur dengan rezeki tersebut.
Untuk rekod, Syatilla dan adik beradiknya yang lain iaitu Syifa, Syida dan Syafiqa telah memulakan perniagaan berasaskan produk kecantikan Kekasih By The Melvins sekitar tahun 2019.
SUMBER: BEAUTIFULNARA