Tahniah! Negaraku berkumandang, Bonnie Bunyau Gustin bawa pulang emas pertama negara

Tahniah! Negaraku berkumandang, Bonnie Bunyau Gustin bawa pulang emas pertama negara
Share
Penantian rakyat Malaysia akhirnya membuahkan hasil apabila atlet powerlifting Bonnie Bunyau Gustin berjaya membawa pulang pingat emas pertama buat negara hari ini.

Bonnie yang menyertai acara tersebut dalam kategori 72 kilogram (KG) berjaya memecahkan rekod yang pernah dipegang oleh atlet Iraq, Rasool Mohsin di Rio sebelum ini.
Turut memenangi acara itu di tempat kedua ialah, atlet dari Mesir, Mahmoud Attia dengan angkatan 191kg dan berjaya meraih pingat perak.

Manakala pingat gangsa pula dimenangi oleh atlet dari Great Britain, Micky Yule dengan angkatan 182kg di tempat ketiga.

Julai lalu, anak kelahiran Sarawak itu pernah memecahkan rekod dunia bagi kategori 72kg lelaki ketika berada di kejohanan Piala Dunia Para Powerlifting Fazza yang mengambil tempat di Dubai.

Selain pernah mendapat tempat pertama dengan angkatan 226kg dalam kategori 72kg lelaki di Bangkok, Thailand, pada bulan Mei tahun ini.

Sumber: Malay Mail

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel