“Tak Ada Siapa Hubungi Pun?” Caprice Pelik Polis Minta Bantuan Interpol, Nombor Telefon Adalah ‘Public’

“Tak Ada Siapa Hubungi Pun?” Caprice Pelik Polis Minta Bantuan Interpol, Nombor Telefon Adalah ‘Public’
Share

Mengakui berasa pelik dengan tindakan polis yang khabarnya terpaksan menggunakan bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) dalam usaha untuk menjejakinya yang kini masih berada di Mesir.

Ujar Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli,33, dia tidak menerima sebarang panggilan atau mesej daripada pihak polis di Malaysia berhubung laporan polis yang dibuat pendakwah terkenal, Ebit Lew pada awal bulan Julai yang lalu.

Penyanyi rap itu yang dihubungi media memaklumkan bahawa nombor telefonnya boleh didapati secara awam di media sosial.

Baca Juga

"Pelik, my number is public..tak ada siapa contact pun. Kedutaan Malaysia tak beritahu apa-apa."

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka gaggal menghubungi Caprice untuk diambil keterangan secara dalam talian.

Selain Caprice, pihak polis turut mengesan Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia berhubung siasatan untuk kes yang sama.
Tambah Caprice lagi, ini merupakan kali pertama kes fitnah terpaksa menggunakan bantuan Interpol dan merasakan masih ada kes-kes yang lebih berat di dunia yang memerlukan pihak Interpol, FBI dan polis.

Caprice dalam pada itu berkata bahawa dia sentiasa bersedia untuk memberikan kerjasama dengan pihak polis berhubung dengan kes itu.

Sekadar info, Ebit Lew ada membuat laporan polis pada tanggal 21 Julai lalu atas tuduhan dia telah difitnah berhubung isu misi kemanusiaan di Semenanjung Gaza, Palestin.

close
SUMBER : mStar Online
Kredit: Beautifulnara

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel