Tak percaya vaksin, SS kongsi kaedah rawatan alternatif di amalkan sejak 13 tahun lalu
Monday, August 23, 2021
Bekas penyanyi nasyid kumpulan In-Team yang popular di sekitar tahun 2000, Suhaimi Saad sering menjadi buah mulut netizen apabila isu vaksin dibicarakan.
Memilih untuk melakukan home schooling buat anak-anaknya, menolak vaksin serta hidup yang sederhana, gaya hidup Suhaimi sekeluarga sememangnya berbeza.
Jika rakyat Malaysia sedang sibuk untuk mendapatkan suntikan vaksin bagi membendung penularan wabak Covid-19, suami kepada Ina Naim ini lebih senang memilih perubatan alternatif yang dihasilkan daripada bahan-bahan semulajadi.
Menerusi video yang dimuatnaik di laman Facebooknya (FB) semalam, produk yang menjadi amalan keluarga Suhaimi termasuklah, minyak Habbatus Sauda, minyak Zaitun, serta cuka buah tin.
Suhaimi yang senang membahasakan dirinya sebagai SS turut mempromosikan produk supplement untuk merawat pelbagai penyakit.
Tambah SS pemilihan bahan-bahan semulajadi tersebut disarankan sendiri oleh Nabi Muhammad S.A.W dan segala yang dilakukan kini hanyalah satu ikhtiar kerana kesembuhan datang dari Allah S.W.T.
Sumber : Facebook @Mosus
Kredit: ohmymedia.cc