Tidak mahu tutup tempat kerja, majikan paksa staf makan ivermectin depan muka

Tidak mahu tutup tempat kerja, majikan paksa staf makan ivermectin depan muka
Share

Isu majikan yang masih mementingkan keuntungan kerap kali menjadi perbahasan apabila begitu berat untuk menutup premis perniagaan walaupun sudah ada kes positif di syarikatnya.

Baru-baru ini, tular di media sosial apabila seorang pengguna Twitter dikenali sebagai @lelakiserigala memaklumkan yang mereka sekeluarga perlu menjalani swab test kerana kakaknya mempunyai kontak rapat dengan individu yang positif Covid-19.

Kakak dan adiknya disahkan positif  dan lelaki berkenaan memberitahu majikan tempat kakaknya bekerja sangat tidak bertanggungjawab kerana memaksa pekerjanya yang mempunyai kontak rapat datang bekerja serta mengugut akan memotong gaji.

Selang beberapa hari, pengguna Twitter berkenaan kembali memuat naik screenshot perbualan di group WhatsApp keluarga apabila kakaknya mendakwa majikan tempatnya bekerja memaksa pekerja menelan ubat yang dikatakan mampu melindungi daripada Covid-19.

Baca Juga


Walau bagaimanapun ubat Ivermectin itu telah dilarang oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi kegunaan pesakit Covid-19 kerana merupakan ubatan untuk haiwan dan tidak disahkan keberkesanannya.
Pengguna Twitter itu memaklumkan lagi yang swab test terbaru dilakukan pada pekerja-pekerja tempat kakaknya bekerja kian bertambah dan 23 orang telah disahkan positif .

Apa yang mengejutkan, majikan masih lagi menyuruh mereka yang positif terus datang bekerja.

Bimbang akan keselamatan kakanya, @lelakiserigala telah memohon kepada orang ramai untuk mengiklankan kerja kosong kerana kakaknya memerlukan pekerjaan disebabkan seorang ibu tunggal kematian suami jika dia berhenti kerja.
close

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan berasa geram mendengar tindakan majikan yang begitu tidak berhati perut terhadap para pekerjanya.

Tindakan tidak bertanggungjawab ini bukan sahaja mengancam nyawa pekerja dan ahli keluarga tetapi turut menjadi penyumbang kepada peningkatan kes Covid-19 di Malaysia
Kredit ohmymedia.cc

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel