Video Terakhir Adik Aming Sebelum Pergi Selamanya Membuatkan Ramai Sebak

Video Terakhir Adik Aming Sebelum Pergi Selamanya Membuatkan Ramai Sebak
Share
Masih Ingat lagi tak kat adik comel ni? pernah tular di media sosial suatu masa dulu adik aming ini pernah menghiburkan kita dengan video pendek menasihati orang ramai cara memakai mask yang betul, adik Aming meniggal dunia di kediaman beliau.

Muhammad Aming Salleh Abdullah, 8, meninggal dunia pada jam 1.30 pagi di kediamannya di Tawau selepas mengalami sesak nafas.

Ibu Aming, Santi Sabri ketika dihubungi Sinar Harian berkata, Aming sebelumnya sihat tanpa sebarang penyakit. Malah kanak-kanak tersebut tidak dijangkiti covid-19.

“Dia cuma makan mi segera saja kemudian sesak nafas.

“Saya sangka biasa-biasa saja sebab anak saya tak sakit,” kata Santi kepada Sinar Harian.

Beliau dikatakan mengadu sesak nafas sebelum terkulai layu di sisi ibunya. Arwah adik Aming merupakan anak yang sangat taat pada ibu bapanya.

Kini, viral sebuah video yang kandungannya adalah adik aming sedang menasihati ibunya supaya sabar dan tidak mempedulikan komen netizen tentang dirinya.

Selain itu, arwah adik aming juga berpesan kepada ibunya supaya jangan menambah d0sa kerana ianya tidak bagus dan apa yang menyedihkan lagi apabila arwah berpesan kepada ibunya itu kerana arwah sangat sayangkan ibunya.

Malah salah satu videonya turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang ketika itu masih menyandang jawatan Menteri Kanan Keselamatan.

Takziah diucapkan buat keluarga Aming. Semoga roh Aming dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Al-Fatihah.

Sumber : Siakap Keli
Kredit: satkoba

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel