Wanita Dicabul Ratusan Lelaki Di Khalayak Ramai Gara-Gara TikTok

Wanita Dicabul Ratusan Lelaki Di Khalayak Ramai Gara-Gara TikTok
Share

Kemaskini : Mangsa difahamkan merupakan seorang "TikToker" dan pada hari kejadian, mangsa dikatakan bertemu dengan peminat-peminatnya untuk berkolaborasi namun bertukar tragedi.

Pakistan — Seorang wanita dicabul, dipukul dan dilambung keudara oleh ratusan lelaki di bandar Lahore gara-gara membuat video TikTok bersama rakan-rakannya.

Kejadian dipercayai berlaku pada 14 Ogos yang lalu ketika sambutan hari kemerdekaan berdekatan sebuah tugu peringatan Minar-e-Pakistan.

Baca Juga


Menerusi satu temubual bersama Daily Pakistan, mangsa - Ayesha Akram, menceritakan kejadian itu dimana dia telah dicabul dan diperlakukan dengan kejam oleh ratusan lelaki yang tidak dikenalinya selama beberapa jam.

Menurutnya, dia tidak memakai pakaian yang "menjolok mata" mahupun berkelakukan tidak senonoh ketika itu malah memberitahu pakaiannya itu sesuai dipakai pada hari tersebut.

Berdasarkan laporan yang telah dibuat di balai polis Lorry Adda di Lahore, mangsa bersama enam lagi rakannya sedang membuat video TikTok berdekatan Minar-e-Pakistan semasa sambutan hari kemerdekaan apabila sekumpulan 300 - 400 individu mula "menyerang" mereka.

Mangsa memaklumkan dia dan rakannya yang lain telah mencuba sedaya upaya untuk melepaskan diri namun kerumunan itu terlalu ramai sehingga ada yang sanggup memanjat tembok pagar untuk merapatkan diri mereka.
close

"Mereka mula menolak dan menarik sehingga ada yang menggoyakkan pakaian," menerusi laporan yang dibuat mangsa.

Seterusnya mangsa juga memaklumkan bahawa rakan-rakannya turut dipukul dan semua barangan peribadi termasuk telefon bimbit juga telah dirampas.

Polis bagaimanapun hanya menyedari dan bertindak setelah rakaman kejadian berkenaan menjadi tular, justeru mendapat kecaman hebat oleh pengguna di media sosial.

Timbalan Ketua Polis Operasi Lahore, Sajid Kiyani berkata dia telah mengarahkan penguasa polis untuk mengambil tindakan serta-merta terhadap semua suspek yang terlibat dan pihak mereka akan cuba mengenal pasti semua suspek yang terlibat didalam video yang tular berkenaan.

Video mengenai kejadian itu telah tersebar dan dikongsi ramai pengguna di laman Twitter disertai hashtag #MinarePakistan.

Sumber: thedoozh.com

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel