Wawa Zainal, Aeril Zafrel Bakal Timang Anak Keempat
Saturday, August 28, 2021

Menerusi satu perkongsian di Instagram, pelakon Aeril Zafrel berkongsikan berita gembira apabila dia dan isteri, Wawa Zainal bakal menimang cahaya mata keempat.
Meluahkan rasa syukur di atas rezeki tersebut, Aeril mohon untuk mendoakan agar dipermudahkan urusan isterinya untuk melahirkan cahaya mata mereka tidak lama lagi.
Dalam entri tersebut, Aeril turut memuat naik video isterinya yang sedang melakukan scan untuk melihat perkembangan bayi dalam kandungan. Namun tidak dikongsikan usia kandungan isterinya itu.
Aeril sempat berseloroh mahukan seorang lagi cahaya mata untuk mencukupkan 5 orang anak seperti yang dia impikan serta meminta isterinya tidak ‘tutup kilang’ lagi.
Perkongsian Aeril mendapat pelbagai reaksi daripada rakan artis dan netizen yang mengucapkan tahniah serta mendoakan proses kehamilan berjalan lancar.
Sumber: Rotikaya