“Apa barang pakai sudip” – Peniaga Di Indonesia Viral Sebab Selamba Pakai Tangan Kosong Masa Menggoreng

“Apa barang pakai sudip” – Peniaga Di Indonesia Viral Sebab Selamba Pakai Tangan Kosong Masa Menggoreng
Share

Benda yang paling ramai orang takuti ketika memasak ialah terpercik minyak panas pada tangan. Kalau minyak tu tumpah, lagi lah bahaya sebab boleh melecur. Jadi, ramai yang akan cuba jauhkan diri sejauh mungkin daripada kuali ketika menggoreng.

Namun, peniaga makanan bergoreng di Magelang, Indonesia ini pula nampaknya tak perlu takut dengan minyak masak sebab dia dikatakan mempunyai kebolehan untuk celup tangan dalam minyak panas!
Memetik laporan daripada Tribun Jateng, wanita yang berusia 55 tahun itu tak menggunakan sudip untuk menterbalikkan makanan dalam kuali berisi minyak masak panas.

Baca Juga

Dikenali sebagai Sri Rejeki, peniaga bakwan itu mengatakan dia mula guna cara tu pada mulanya untuk menarik pelanggan.

Ketika pertama kali celup tangan dalam minyak panas, memang saya ada rasa panas tapi tak pernah melecur. Lama-lama, saya jadi terbiasa,” katanya.

Rahsia untuk ‘kebal’ rasa panas minyak masak tu pula katanya dia hanya akan baca bismillah dan selebihnya dia tak rasa panas sangat sekarang sebab memang dah terbiasa.

Wanita ini telah menjual bakwan iaitu sejenis makanan bergoreng yang menyerupai cucur atau tempura sejak beberapa tahun lalu setelah suaminya diserang strok.

Namun, wanita hebat ini berjaya menghantar anaknya belajar di universiti dengan hasil jualan bakwan tersebut.

Sumber: Tribunnews Jateng, Suara.com
close

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel