Gambar Terbaru Janna Nick jadi bahan Sekali Zizan Razak Datang Masuk Komen Undang Kelakar

Gambar Terbaru Janna Nick jadi bahan Sekali Zizan Razak Datang Masuk Komen Undang Kelakar
Share
PETALING JAYA – Selepas isu baju terselak, aktres Janna Nick sekali lagi mencri perhatian ramai menerusi sekeping gambar yang dimuat naik dalam Instagramnya hari ini.

Kali ini, fotonya menjadi bahan bualan netizen apabila aksi yang dipaparkan agak menc0lok mata.

Perkongsian tersebut sekali gus membuatkan netizen berpendapat bahawa pemilik nama lengkap Nurul Jannah Muner, 26, itu tidak pernah serik berkongsi foto sebegitu

PERKONGSIAN terbaharu Janna Nick yang mengundang perhatian dan menjadi bahan gurauan termasuk oleh Zizan menerusi Instagram.

Selain dibanjiri dengan komen-komen nakal netizen, hantaran tersebut turut mencuri perhatian pelawak terkenal, Zizan Razak yang menyamakan gaya berdiri Janna seperti sedang membuang angin atau kentut.

“Time (waktu) kentut pun cantik (diikuti dengan emoji hati berwarna merah),” gurau pelakon filem Polis Evo itu.

Tidak melenting dengan gurauan sesama artis, balas bekas pengacara Melodi itu: “Hahaha syai..”
Terdahulu, pelakon yang sedang mengembangkan kredibiliti sebagai pengarah dan penerbit itu mengundang buah mulut ramai, apabila menyiarkan gambarnya memaparkan baju yang terselak pada bahagian dada.
Janna yang juga kekasih kepada Dini Schatzmann juga seorang pelakon itu mengakui menghidap sejenis gangguan bipolar dan masih meneruskan rawatan bagi mengatasi masalah yang dihadapinya.

Sumber: Satkoba

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel