King Coco dah bercerai, sekali Caprice ajak video call, tapi lokasi buat ramai terkejut

King Coco dah bercerai, sekali Caprice ajak video call, tapi lokasi buat ramai terkejut
Share

King Coco mengesahkan dirinya kini sudah bercerai dengan suami, Azrin Anas Abdul Shukor. Dedah King Coco atau nama sebenarnya Marshaira Ismail, 24, dia kini kembali solo namun enggan memaklumkan tarikh mereka bercerai.

“Saya dah lama dah, no longer married. Saya dah lama dah tidak berkahwin dan saya pun dah habis edah… Dah lama pun.Saya sekarang hidup dalam dunia saya tanpa sesiapa, tanpa kekasih atau suami,” katanya menerusi hantaran video di Instagram.

Pendedahan itu dibuat King Coco bagi mengelakkan individu tertentu diganggu.

“Saya tak nak cakap pasal kehidupan peribadi saya, tapi saya kena buat sebab ada orang telah diganggu. Jadi saya perlu jelaskan sekali lagi,” ujarnya.

King Coco dan Azrin Anas telah berkahwin pada 1 Januari 2017 dan dikurniakan dua cahaya mata.

Dia menjadi tular dalam kalangan pengguna media sosial kerana gaya percakapan pelat dan mengaku lahir dari banyak dar4h campuran dalam keluarga.

Caprice Ajak Video Call Dlm Blik Air
Dalam perkongsian terbaru Caprice, dia kongsikan berita King Coco cerai dan captionnya tidak dapat dipastikan sama ada dia bergurau atau sebaliknya. Captionnya ajak King Coco video call dalam bilik air buat orang ramai tidak senang dan meyelarnya.

“capriceofficial: Hahahah @ohhmymedia.cc boleh tak tolong bagi number caprice kat dia so boleh video call dalam bilik air”

Namun kapsyen yang ditulisnya telah mengundang kemarahan netizen selain mendakwa tindakan Caprice itu mel4mpaui batas.

Bukan itu sahaja, netizen juga mendakwa kapsyen yang ditulis Caprice itu berbaur gangguan seksual.

Meninjau ke ruangan Instagram Story, Caprice dilihat telah menghubungi King Coco menjelaskan situasi sebenar.

King Coco atau nama sebenarnya Marshaira Ismail nampaknya tidak berkecil hati dengan apa yang diperkatakan. Selebriti media sosial itu turut dilihat memberikan kata-kata semangat buat Caprice.

Sebelum ini, PU Syed telah menegur dan memperbetulkan Caprice susulan kenyataan bersumpahnya baru-baru ini.

Caprice sebelum ini lantang melakukan pended4han demi pendedahan melibatkan kelakuan tidak baik seorang pendakwah.

Sumber: Satkoba

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel