Kongsi Video Bersenam Dengan Seksi, Netizen Sekolahkan Mimi Lana
Thursday, September 16, 2021

Pelakon yang serba boleh, seksi dan jelita Mimi Lana berkongsi video senamannya dalam sosial media.
Gara-gara memiliki tubuh yang dikatakan terlalu kurus, Mimi Lana sering terkena tempias 'body shaming' daripada netizen.
Terbaru ni , Mimilana 26, sekali lagi menjadi perhatian selepas memuat naik sebuah video ketika melakukan aktiviti work out di sebuah gimnasium.
Meninjau di Instagram (IG) miliknya, Mimi atau nama sebenarnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin memberitahu dia kembali bersenam selepas tiga bulan ‘cuti’.
Diruang komen IG dipenuhi dengan netizen yang tidak berpuas hati dengan fizikal Mimi.
Ada segelintir netizen yang menegaskan work out bukan semata mata untuk kurus tetapi lebih pada kekal 'fit'. Mereka juga berharap agar Mimi tidak lagi berulang lagi diajukan body shaming dan membiarkan pelakon filem Pusaka itu selesa dengan penampilan dirinya.
Sumber: satkoba