Langsing Waktu Bercinta, Suami Mengeluh Fizikal Isteri Dah Tak Cantik Selepas Kahwin

Langsing Waktu Bercinta, Suami Mengeluh Fizikal Isteri Dah Tak Cantik Selepas Kahwin
Share

Tidak dinafikan, perubahan fizikal pasangan boleh terjadi selepas berkahwin atas pelbagai faktor terutama bagi kaum wanita yang berkorban nyawa melahirkan cahaya mata. Namun, semua itu bukannya ‘tiket’ untuk suami mengutuk sesuka hati atas alasan bergurau.

Baru-baru ini, seorang lelaki di Indonesia menerima kecaman hebat netizen selepas berkongsi video di platform TikToknya @irvhanchandra memaparkan bentuk fizikal isterinya sebelum dan selepas mendirikan rumah tangga, lapor portal Terkini.id.

Menerusi rakaman berdurasi 12 saat itu, dapat dilihat video isterinya yang langsing sewaktu mereka dilamun bercinta serta video terkini memperlihatkan wanita itu sedang sarat hamil.

Baca Juga

Watch on TikTok
“Mana mungkin tak mirip, maksudnya isteri saya sudah sangat tak cantik. Dah makin berusia, nampak tak cantik,” tulisnya pada ruangan kapsyen beberapa video yang dikongsi.

Berikutan itu, ramai individu meluahkan rasa bengang apabila membaca kapsyen berkenaan yang menyentuh soal fizikal apatah lagi lelaki tersebut ada menyebut perkataan ‘jelek'.

Isteri cantik sebelum kahwin kerana ibu bapa yang menjaga. Kalau selepas kahwin dapat dilihat macam mana suami bertanggungjawab menjaga isteri,” tulis seorang netizen.


“Dijaga bang, jangan biarkan hamil. Biar tetap cantik, jangan punyai anak. Kalau ada anak tak sempat bersolek,” perli seorang lagi netizen.

Sumber: Terkini.id , TikTok @irvhanchandra

Kredit: satkoba

 

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel