“Lebih Sebulan Menahan Sakit Sampai Tak Tidur, Akhirnya Saya Mengalah” - Elyana
Wednesday, September 22, 2021
Setelah lebih sebulan menahan sakit sehingga tidak tidur, penyanyi dan pelakon, Elyana kini dimasukkan ke hospital.
Melalui hantaran di Instagram, Elyana memuatnaik fotonya yang kelihatan terl4ntar di atas katil hospital.
“Lebih sebulan menahan sakit sampai tak tidur. Akhirnya saya mengalah. Hari ni masuk painkiller, steroid, dan ambil darah.”- tilis Elyana
Bakal Jalani Kimoterapi
Beliau turut menambah akan menjalani rawatan kimoterapi selepas melalui beberapa proses lain yang wajib dilakukan oleh setiap pesakit kanser.
“covid test memang wajib. Esok jantung. Lusa buat Pet Scan. Seterusnya Chemotherapy.
“Bismillahirramanirrahim, You can do it Nana!!!”- katanya lagi
Menerusi ruangan komen hantaran Elyana, rata-rata rakan selebriti dan peminat mendoakan agar penyanyi ini diberikan kesembuhan.