Namanya Diguna Untuk Dapatkan Foto B*gel Wanita, Akmal Ahmad Bakal Buat Laporan Polis
Saturday, September 4, 2021

Yang lebih membuatkan pelakon filem Pulang ini kecewa apabila pihak tersebut telah menjaja namanya dalam aktiviti ‘mengumpan’ wanita termasuklah meminta foto-foto lucah.
Sehubungan dengan itu, Akmal telah membuat penafian sekeras-kerasnya mengenai penglibatannya dalam hal terbabit di laman Instagram miliknya, baru-baru ini.
“Setakat ini, saya telah membuat penafian di Instagram dan Facebook serta laporan polis juga akan menyusul.”
Jelas Akmal, individu tersebut menggunakan modus operandi seperti pernah makan bersama dirinya sebelum meminta foto lucah wanita berkenaan.
Disebabkan oleh perkara itu, Akmal berharap peminat dan netizen di luar sana tidak membuat tuduhan fitnah dan andaian negatif terhadap dirinya gara-gara tindakan individu tidak bertanggungjawab itu.
Tambahnya lagi, dia tidak akan memaafkan orang yang telah memperlakukan dirinya sehingga sedemikian rupa kerana ingin menjadikannya sebagai saham akhirat kelak.
SUMBER : Instagram Akmal Ahmad
Kredit: Beautifulnara