Sajat pernah kata dia ada di Danga Bay ketika ‘live’, ini reaksi Ketua Polis Johor
Sunday, September 5, 2021

PETALING JAYA – Usahawan kontroversi, sedih dengan pembuli siber yang mengatanya dengan ayat dan perkataan yang tidak elok kerana semua itu sudah boleh difahami oleh dua anak kembarnya.
Kata beliau, anak kembarnya itu kini berusia enam tahun sudah boleh membaca dan pernah melihat di media sosial perkataan yang tidak elok yang dilemparkan kepadanya selama ini.
“Anak saya tahun depan darjah 1, mereka sudah pandai membaca, pernah tanya saya apa maksud perkataan itu dan ini, saya sedih, tidak mahu mereka dibu.li seperti saya ketika kecil,” ujarnya ketika Live di Instagramnya.
Beliau yang beberapa kali mengesat air matanya ketika bercerita mengenai anak kembarnya itu, tidak mahu perkara yang dilaluinya ketika kecil berlaku kepada kedua-dua anak yang dijaganya itu.
“Saya penjaga mereka sekarang, saya sayang mereka, apabila ada orang tulis, mak kau begitu, mak kau begini dan mereka tanya saya balik, saya jadi sedih, tidak mahu mereka trauma dengan dunia media sosial,” ujarnya.
Tambahnya, disebabkan itu dia mengambil keputusan untuk tidak mend.edahkan lagi kedua-dua anaknya itu di media sosial lagi dan biarlah kedua-duanya hidup seperti orang lain.
“Saya mahu beri didikan yang terbaik kepada mereka tanpa meminta balasan, sebagai penjaganya, saya akan melindungi mereka agar tidak trauma dengan dunia media sosial dan dapat hidup macam kanak-kanak biasa,” ujarnya.
Reaksi Dari Ketua Polis Johor
Polis Johor akan membuat siasatan berikutan dakwaan usahawan k.ontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman bahawa dia berada di Danga Bay di sini.
Ini susulan dia mendedahkan dirinya berada di daerah ini ketika melakukan penstriman secara langsung di Instagram miliknya malam kelmarin.
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay mendakwa ushawan tersebut dilihat sengaja mengundang kontroversi.
“Saya semak dulu, kadang-kadang dia saja nak jolok (cabar),” katanya ringkas ketika dihubungi di sini semalam.
Terdahulu, usahawan tersebut memberitahu secara terbuka bahawa dirinya berada di Johor selama ini.
Katanya, melalui live di Instagram miliknya malam kelmarin bahawa dia tidak keluar dari negara sebaliknya berada di Danga Bay, Johor sahaja.
“Mana ada saya kat luar negara, saya ada di Johor saja, Danga Bay, saya tidak tahu hendak cakap macam mana lagi, saya ada di Malaysia, tidak ke mana-mana,” jelasnya.
Beliau menjawab pertanyaan pengikutnya yang bertanya lokasi tempatnya bersembunyi selama ini.
Pada 23 Februari lalu, usahawan k.osmetik itu dikenakan waran tangkap oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam kerana tidak hadir sebutan semula.
Pada 26 April lalu dilaporkan usahawan itu berkemungkinan berada di luar negara selepas mengetahui Polis Selangor bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Selangor untuk mengesannya.
Sumber: Kosmo