“Saya bukan jenis kalau upload akan delete” - Respon Janna Nick ‘pejam mata’ upload gambar terselak dada
Tuesday, September 7, 2021

Janna Nick menegaskan pendiriannya tidak akan memadam gambar seksi yang didakwa menampakkan bahagian dada, baru-baru ini.
Kata pemilik nama Nurul Jannah Munir, 26, netizen yang terkejut kerana tidak biasa melihat penampilannya sebegitu.
Terdahulu, Janna dikecam teruk selepas memuat naik gambar di Instagram menunjukkan pakaiannya terselak hingga menampakkan bahagian dada.
"Kalau orang kata seksi saya terima, memang itu seksi la. Kalau ada yang kata itu biasa pun saya terima.
"Apabila kita sendiri memilih untuk upload gambar yang mengundang kecaman saya kena terima la, saya tahu memang akan ada kecaman.
"Saya bukan jenis kalau upload akan delete balik jika kena kecam. Tapi apabila ada artis lain yang pakai tube dan seluar pendek tak ada pun orang datang bash," katanya kepada mStar.
Ekoran itu, Janna meminta orang ramai mendoakannya berubah menjadi insan lebih baik.
“Macam Zizi Kirana dulu imej seksi sekarang Alhamdulillah dah bertudung.
"Kita tidak tahu pengakhiran hidup seseorang," ujarnya.
Sumber: mstar, forum cari