“Saya Masih Belum Berhijrah” – Disangka Dah Ubah Imej, Daiyan Trisha Perjelas Foto Berhijab

“Saya Masih Belum Berhijrah” – Disangka Dah  Ubah Imej, Daiyan Trisha Perjelas Foto Berhijab
Share

Sejak kebelakangan ini, semakin ramai selebriti wanita tanah air yang mula mengenakan hijab sebagai tanda lembaran hidup baru buat mereka.

Disebabkan itu, apabila Daiyan Trisha baru-baru ini memuat naik gambar berhijab, ramai yang berteka-teki sama ada dia sudah pun mengubah imej penampilan.
Diiringi kapsyen ‘Bismillah Assalamualaikum’, semakin kuat spekulasi mengatakan bahawa berkemungkinan penyanyi itu sudah pun berhijab sepenuhnya.

Baca Juga


Menyangkal dakwaan tersebut, Daiyan menerusi Insta Story memperjelaskan bahawa gaya berkenaan sebenarnya ialah untuk satu sesi fotografi.

Pun begitu dia berterima kasih atas doa baik yang ditinggalkan oleh orang ramai mengenai penampilan tersebut.

“Ini daripada penggambaran, saya masih belum berhijrah tapi terima kasih kerana doa anda.”

close
Sumber: Beautifulnara

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel