“Senang ambil idea aku..” – Pemuda dakwa usahawan popular ciplak rekaan tudung?

“Senang ambil idea aku..” – Pemuda dakwa usahawan popular ciplak rekaan tudung?
Share

Seorang pengasas tudung meluahkan rasa kecewa dengan mendakwa rekaan miliknya telah ditiru oleh sebuah jenama tudung terkenal milik usahawan wanita popular.

Menerusi perkongsian video di platform TikTok, Yusfariq Iqmal menangis teresak-esak apabila mengetahui konsep dan idea serta hasil usaha kerasnya sejak dua tahun lalu diciplak oleh jenama besar tersebut.

Menurut pemuda berusia 26 tahun itu, dia berhempas pulas mengembangkan perniagaan tudung bawal ‘magnetic’ miliknya namun mendakwa jenama berkenaan senang-lenang mempergunakan idea orang lain.
“Senang-senang nak ambil idea aku. Dua tahun lebih aku cuba meyakinkan orang ramai, buat Research and development (R&D) sampai kemurungan.

Baca Juga

“Apa yang pelanggan mengadu, aku cuba perbaiki. Tapi aku bersyukur akhirnya hasilkan benda ni. Founder jenama besar ni setiap tahun buat hal,” katanya.

Yusfariq atau mesra dipanggil Abe Yus berkata, dia kagum sehingga menjadikan usahawan itu sebagai idola dalam mengejar kejayaan namun kini semuanya seolah-olah musnah sekelip mata.

“Jadi tahun ni founder tudung yang hobi dia ciplak idea peniagaan kecil ambik idea aku pulak which is #bawalmagnetic by thejasmine.hq which own, designed & invented by me.

“Tak payah sebut nama, korang mesti tau kan?,” tulisnya.

close
Meninjau ke ruangan komen sebuah posting di bawah jenama milik usahawan tersebut, warganet di laman Instagram mula mempersoalkan kredibiliti dan rekaan tudung yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.
Sumber: TikTok @yusfariq , Twitter @Yusfariqq

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel