Seperti Yang Di Janjikan, Caprice Akhirnya Bertemu Sharnaaz. Ini Reaksi Netizen
Wednesday, September 22, 2021
Terdahulu CERITA panas perbalahan antara Sharnaaz Ahmad dan penyanyi rap Caprice nampaknya cepat sejuk apabila pelakon itu segera tampil menyelesaikan salah faham antara mereka.
Enggan memanjangkan isu lagi, Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad mengakui gurauannya terhadap Caprice adalah keterlaluan.
Mahu menyelesaikan masalah antara mereka secara peribadi, Sharnaaz turut memohon maaf secara terbuka kepada Caprice.
“Sejak pagi, semua netizen tahu yang aku ada isu dengan Caprice. Insya-Allah aku dan Caprice akan selesaikan secara elok di belakang.
“Aku rasa, secara peribadi apa gurauan dari Jordan sampai sekarang… mungkin agak keterlaluan. Aku sebagai orang yang lebih matang, aku mohon maaf.
“Selain daripada itu, terpulang kepada pihak dia. Biar urusan ini aku selesaikan dengan dia,” kata Sharnaaz.
Dalam perkongsian terkini, Caprice ada memuat naik rakaman dia sedang berbual dengan Sharnaaz di temani dua individu lain di sebuah kedai makan.
Rata-rata netizan menyambut baik hubungan dan kematangan yang di tunjukkan kedua-dua belah pihak.
Terdahulu Sengketa antara aktivis kemanusiaan, Caprice dengan pelakon Sharnaaz Ahmad memasuki episod baharu apabila kedua-dua figura itu saling membalas hantaran media sosial.
Caprice atau nama lengkapnya, Ariz Ramli, 33, menerusi Instagram mengajuk Sharnaaz dengan gelaran sotong, satu kar4kter yang pernah dijayakannya menerusi sebuah drama rantaian suatu ketika dahulu, Suamiku Encik Sotong.
Sumber:Trending Sangat