Setelah Dikecam Netizen Belanja Punggung, Nora Danish Kekal Tenang Dan Beri Perhatian Lagi

Setelah Dikecam Netizen Belanja Punggung, Nora Danish Kekal Tenang Dan Beri Perhatian Lagi
Share

Pelakon Nora Danish menjadi selebriti terawal tiba di lokasi peranginan terkenal, Pulau Langkawi, Kedah, semalam (16 September) bersama suami, Nedim Nazri dan anak lelaki mereka, Mohamed Neqayl Nedim.

Nora berangkat dengan menaiki pesawat dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah dan menginap di sebuah hotel terkemuka..

(Sumber Gambar Instagram Nora)


Baca Juga

Belum 24 jam berada di sana, Nora, 39, mencuri perhatian warganet apabila memuat naik sekeping foto ‘outfit’ pantai bersama kawan baiknya, usahawan Puteri Zarith.

Memilih untuk mengenakan bikini swimsuit itu telah mengundang netizen untuk mengecam dan menegur di Instagram (IG) miliknya.

Di ruangan komen, rata-ratanya berpendapat tidak seharusnya pelakon filem Polis Evo itu berpakaian sebegitu memandangkan statusnya seorang isteri dan ibu dengan usianya yang bakal menginjak ke 40 tahun.

Malah, ada segelintir yang mengaitkan dengan momen Nora berjaya khatam Al-Quran buat pertama kali pada Ramadan tahun lalu.
 
Bagaimanapun, selepas menerima kata-kata ‘pedas’, pemilik nama Nora Mohd Danish Hanif memilih untuk menutup ruangan komen tersebut.

Untuk rekod, inisiatif gelembung pelancongan di Langkawi yang bermula semalam bakal dijadikan penanda aras dalam usaha memperluaskan inisiatif berkenaan agar lebih banyak destinasi pelancongan dalam negara dibuka.

Sumber: Instagram @noradanish dan satkoba

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel