Siti Kasim minta maaf, menteri agama bagi doakan buat dia

Siti Kasim minta maaf, menteri agama bagi doakan buat dia
Share

PETALING JAYA: Peguam Siti Zabedah Kasim atau dikenali Siti Kasim memohon maaf kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad kerana mendakwanya memakai jam tangan jenama mewah berjenama Rolex.

“Minta maaf Ustaz sebab saya memang salah,” ciap Siti Kassim menerusi akaun Twitter hari ini.

Dia merujuk ciapan menerusi akaun Twitter milik Idris yang memaklumkan jam dipakainya itu adalah jenama Buruj yang telah lama digunakannya bagi memudahkan dirinya untuk mengetahui waktu solat dan arah kiblat.

“Boleh solat kat mana-mana. Dalam pejabat yang baru masuk pun boleh solat sebab senang nak tentukan arah kiblat (dengan jam Buruj berkenaan),” jelas Idris.

Baca Juga

Idris berkata demikian sebagai mengulas ciapan Siti Kasim yang mendakwa beliau memakai jam tangan berjenama Rolex.

Menerusi tangkap layar daripada Twitter Siti Kasim, peguam itu meminta pengikut laman sosialnya memeriksa jam tangan Rolex dipakai Idris.

Ia membabitkan satu gambar memaparkan Menteri Agama itu menadah tangan berdoa dan menampakkan jam tangan.

Menteri Agama Doakan Siti Kasim

Dalam pada itu, menteri agama telah memuat naik status di facebook beliau memaafkan Siti Kasim. Dalam masa yang sama mendoakan supaya wanita itu di berikan kesihatan yang baik serta di jauhi C0vid

“InsyaAllah saya maafkan. Saya doakan semoga Pn Siti diberi kesihatan yang baik dan dijauhkan virus covid”

close
Kredit Artikel: Kecoh Ape Sam Sohor

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel