Siti Nurhaliza Upah Guru Jadi Penjaga, Dayah Zubit Bukan Lagi Pengasuh Aafiyah
Thursday, September 16, 2021

Hampir tiga tahun menjadi pengasuh Aafiyah, Nur Hidayah Zubit atau lebih mesra dipanggil Dayah terpaksa menamatkan kerjayanya sebagai pengasuh anak penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Nurhaliza.
Menurut Siti, Dayah terpaksa berhenti kerja selepas mendirikan rumah tangga dan tempat Dayah digantikan dengan seorang pengasuh baharu yang merupakan seorang guru.
“Selepas Dayah berhenti kerana berkahwin, kita cari penjaga baharu iaitu seorang guru supaya boleh mengajar dan buat aktiviti bersama Aafiyah di rumah.
“Sedikit lega kerana ada seorang cikgu yang menjaga, saya nampak ada perkembangan positif..sebolehnya saya pun tak mahu Aafiyah hanya tumpu pada gajet sahaja,” katanya.
Untuk rekod, Dayah mempunyai kelulusan dalam bidang kejururawatan bertugas sebagai pengasuh Aafiyah sejak 28 Mei 2018.
Sumber: Rotikaya