“Woah! Macam dalam filem”- Penduduk Di China Digemparkan Dengan Pancaran Aneh Seakan Cahaya UFO

“Woah! Macam dalam filem”- Penduduk Di China Digemparkan Dengan Pancaran Aneh Seakan Cahaya UFO
Share

UFO atau unidentified flying object selalunya hanya muncul dalam filem sains fiksyen seperti dalam filem The Phenomenon dan Close Encounters of the Third Kind. Setakat ni, kewujudan UFO di dunia nyata juga belum dapat dipastikan kesahihannya sebab filem-filem macam tu pun hanya rekaan semata-mata.

Namun, kali ini, penduduk di bandar Shenyang, China digemparkan dengan pancaran cahaya aneh seakan dari UFO di kawasan lapangan terbang bandar itu. Menurut The Sun, fenomena pancaran cahaya pelik itu sempat dirakam oleh penduduk yang sempat melihat kejadian itu.
Dapat dilihat dalam video yang tular tersebut bahawa pancaran cahaya itu menjulang di atas sebuah bangunan tinggi. Setelah tular, pelbagai teori telah timbul sehingga ada yang beranggapan bahawa cahaya tu mungkin berasal dari ‘dunia lain’.

Tidak kurang juga ada yang berspekulasi bahawa itu mungkin teknologi daripada makhluk asing atau pun sejenis hologram.

Baca Juga

Namun, pengguna di Reddit pula menyangkal teori tak masuk akal seumpama itu dan ada yang kata itu mungkin hanyalah pantulan dari cahaya matahari yang terkena bangunan tinggi tersebut.

Boleh tengok video tersebut di New York Post ini.

Walau bagaimanapun, cahaya yang disangka berkaitan dengan makhluk asing itu bukanlah UFO sebab Xia Chuandong yang merupakan seorang ahli meteorologi di sana menjelaskan bahawa kejadian seumpama itu berlaku disebabkan awan tebal yang melindungi bangunan itu.

Jadi, wap air di udara kemudiannya telah mengakibatkan pancaran cahaya matahari menyebabkan kesan aneh sedemikian.

Sumber: New York PostThe Sun

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel