Akhir Zaman Dah Dekat? Emas Bersepah Sepah Dalam Sungai Undang Pelbagai Reaksi Netizen
Wednesday, October 20, 2021

Baru-baru ini, tular perkongsian netizen di aplikasi TikTok jelas memperlihatkan emas di dalam sungai sekaligus mencetuskan pelbagai reaksi netizen.
Dapat dilihat, banyak emas di lihat di atas pasir sungai berkenaan. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan dimana lokasi sungai berkenaan. Namun, hasil tinjaun di bahagian komen, ada yang mendakwa ianya di satu perkampungan di Indonesia.
Malah, individu yang memuat naik video berkenaan berkata lokasi berkenaan didatangi ramai orang sepanjang masa kerana emas tersebut. Sementara itu, ada segelintir mengatakan apabila di akhir zaman bumi akan memuntahkan emas-emas.
Dalam pada itu, individu yang berkongsikan video itu berharap emas-emas berkenaan merupakan rezeki buat orang kampung berkenaan dan bukannya memberi mudarat.
Watch on TikTok
Sumber: Rotikaya