“Allahu..terkejut aku!” Video Seksi ‘Lalisa Dance Challenge’ Anak Azhar Sulaiman, Buat Netizen Tergamam
Wednesday, October 27, 2021

Video tarian itu yang pada awalnya memaparkan bahagian atas badannya yang memakai t-shirt longgar hingga melepasi paras punggungnya ternyata membuatkan ramai netizen terkejut kerana hanya beberapa saat kemudian, tariannya mula bertukar rentak sehinggakan baju plus sizenya terangkat dan sekaligus menampakkan bahagian yang menjolok mata.
“Terkejut aku”, “saya siap baca Al Fatihah”, “Allahuakbar”, antara komen-komen netizen
Dah namanya ‘Lalisa Dance’, mungkin itu antara ‘step’ yang paling sopan yang dapat diambil daripada video asal Lisa Blackpink.
Komen di instagram Leona telah ditutup untuk video tersebut. Mungkin itu yang terbaik bagi menenangkan keadaan.
Kasih Iris Leona merupakan anak bongsu kepada Azhar Sulaiman dan mempunyai kembar lelaki, Andika Rees Pahamin. Turut tercalon di dalam kategori ‘Influencer Meletop’ bagi AME 2021, gadis berusia 19 tahun ini juga baru sahaja menamatkan pengajian kolejnya dengan memperolehi ‘Ontario Scholar’ bagi pencapaian markah 80 peratus ke atas untuk kursus pengajiannya. Kembarnya Rees turut cemerlang dengan sijil dekannya.
Sumber penulisan/kredit: malaysiatimes.news