“Apa masalah sampai terjun kereta” – Wanita ‘tercampak’ keluar lepas nyalakan double signal, Netizen Tertanya Apa Puncanya
Monday, October 4, 2021

Seringkali dashcam yang dipasang pengguna merakam kejadian menarik mahupun mengerikan yang berlaku di depan mata ketika memandu di jalan raya.
Kali ini, dashcam milik seorang pengguna media sosial ini telah merakam satu adegan yang mengejutkan apabila seorang wanita dilihat ‘tergolek’ keluar daripada kenderaan Myvi dihadapannya.
Video yang dikongsikan oleh FB Dashcam Owners Malaysia itu pada awalnya memaparkan kenderaan Myvi hitam yang berada di hadapan tiba-tiba menyalakan lampu double signal (isyarat kecemasan).
Namun tak semena-mena ketika hampir berhenti di lampu isyarat, seorang wanita dilihat tercampak keluar daripada kenderaan tersebut. Alamak! Kejadian ini dikatakan berlaku berdekatan dengan UNISEL, Seksyen 7, Shah Alam.
Pun begitu, menerusi satu lagi rakaman video belakang kenderaan tersebut dapat dilihat selepas kejadian itu berlaku, wanita bertudung merah tadi dilihat terus berlalu pergi dari kenderaan yang dinaikinya seperti tiada apa-apa yang berlaku.
“Ya Allah kesiannya dia… ape la masalah till dia sanggup terjun”
Netizen yang melihat video tersebut memberi respon yang pelbagai malah ada yang berpendapat wanita itu tidak dicampak keluar namun dia yang terjun sendiri dari Myvi terbabit.
Enggan membuat sebarang spekulasi, netizen hanya berpesan supaya pasangan yang bercinta untuk jangan bertindak yang bukan-bukan di tengah jalan dan semoga wanita tersebut tidak cedera atas apa yang berlaku.