Baru Usia 8 Tahun, Anak Sulung Diana Danielle Sudah Pandai Masak Nasi

Baru Usia 8 Tahun, Anak Sulung Diana Danielle Sudah Pandai Masak Nasi
Share

Baru-baru ini, menerusi satu perkongsian di Twitter pelakon Diana Danielle mendidik anaknya melakukan kerja rumah tanpa mengenal perbezaan jantina.

Menurut Diana, dia mendidik anak sulungnya Muhamad yang kini berusia 8 tahun untuk menanak nasi, mencuci pinggan dan adakalanya menyediakan sarapan.

“Pada usia lapan tahun, anak lelaki saya secara rasmi ‘ditugaskan’ memasak nasi, meletakkan pinggan di tempatnya, menyediakan makanan dan memasak sarapan yang ringkas (dengan pengawasan).

“Ya, awak boleh mengajar budak lelaki menjadi bertanggungjawab di dalam rumah. Dia perlu menjamah makanan juga kan? Jadi dia perlu tahu memasak bagi meneruskan kehidupan. Ia bukan soal jantina,” tulisnya.

Perkongsian Diana itu mendapat pelbagai reaksi netizen yang mengagumi cara didikan pelakon itu. Malah, ramai mengakui kerja rumah sering dilabel sebagai stereotaip dimana hanya golongan wanita sepatutnya melakukan pekerjaan berkenaan.
Diana mendirikan rumah tangga dengan Farid Kamil pada 3 November 2012. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata Muhammad, 8 dan Nur Aurora kini berusia 6 tahun.

Sumber Kosmo

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel