“Buka Uniform Tu Pund*k” – Caprice Bengang, Dedah Sering Diganggu Seorang Polis
Tuesday, October 5, 2021

Tangkap layar yang dikongsikan oleh penyanyi rap terkenal , Caprice telah mengundang tanda tanya warganet, di mana salah seorang anggota polis dikatakan sering mengganggunya dengan menghantar mesej di Instagram penyanyi tersebut.
Berdasarkan tangkap layar yang dimuatnaik Caprice di Instagram Story baru-baru ini, seorang anggota polis yang dikenali sebagai Nazmi Zafre sering menghantar mesej berunsur negatif di Instagramnya.
Berikutan itu, penyanyi rap ini bertindak memuatnaik tangkap layar mesej yang dihantar anggota polis tersebut sambil (tag) akaun Instagram Polis Diraja Malaysia (PDRM)
Dalam masa yang sama, Caprice merasakan individu tersebut tidak layak memakai baju seragam polis kerana sikapnya seolah-olah tidak mencerminkan identitinya sebagai seorang anggota polis yang sepatutnya menjaga keamanan.
“Buka uniform tu pund*k @nazmizafre” komen Caprice
Oleh kerana kerap kali menerima mesej bersikap biadap dan agresif di Instagramnya, Caprice berasakan dirinya tidak selamat dengan kejadian yang dialaminya ketika ini.
“Mereka sepatutnya buat kita rasa selamat. Dan bila seorang pegawai selalu semakkan peti mesej saya dengan mesej biadap dan agresif, bagaimana saya boleh rasa selamat lagi selepas ini? Sesetengah orang mungkin dapati ianya kelakar, tapi sebenarnya ia tidak.” komen Caprice lagi.
Sumber: Murai