Demi Menjaga Empayar, Maharaja China Harus Tiduri 121 Wanita Selama 15 Hari?
Saturday, October 23, 2021

Gambar Hiasan
EMPAYAR China memang telah runtuh dan kini berganti menjadi negara republik berideologi komunis.
Revolusi Xinhai pada 10 Oktober 1911-12 Februari 1912 membuat perubahan sistem pemerintahan China dari kerajaan menuju Nasionalis-Komunis.
Akibat revolusi itu bertukarlah Empayar dari Dinasti Qing yang sudah beratus-ratus tahun memerintah China.
Seperti yang berlaku di Jepun, empayar atau kerajaan China dikala berkuasa amat dipuja oleh rakyatnya.
Tak pelak segala kehendaknya bagaikan titah Tuhan yang harus dituruti.
Seperti juga raja-raja di dunia, Empayar Maharaja Kerajaan China pun juga didampingi gundik-gundik muda nan rupawan untuk 'keperluan' beliau.
Sumber Warta Kota dan BBC Indonesia, Rabu (26/6/2019) yang membuat netizen zaman sekarang mengerut dahi adalah kerana kisah di mana seorang maharaja wajib meniduri 121 perempuan muda.
Hal ini sengaja dilakukan oleh maharaja Empayar China agar kononnya kejayaan kerajaan dapat terjaga.
Yang lebih menakjubkan, hal tersebut harus dilakukan dalam tempoh masa 15 hari.
Awalnya penasihat kerajaan akan memberikan daftar perempuan yang akan ditiduri dan membuat jadual selama 15 hari kehadapan.
Penasihat menggunakan ilmu matematik iaitu Geometric Progression agar semuanya berjalan lancar untuk bakal raja tersebut.
Mitos menyebutkan dalam 15 hari 15 malam, sang maharaja harus meniduri 121 perempuan yang termasuklah:
1 Permaisuri, 3 pendamping atasan, 9 isteri, 27 gundik, dan 81 lain-lain.
Jumlah orang dalam setiap kelompok perempuan ini sebanyak tiga kali lipat ganda orang dalam kelompok sebelumnya, sehingga para ahli matematik dapat membuat jadual untuk memastikan pada waktu malam ke-15, maharaja meniduri semua perempuan di istananya.
Mitos menyebutkan jadual maharaja tersebut:
Malam pertama hanya untuk ratu.
Kemudian malam selanjutnya untuk tiga pendamping atasan.
Malam berikutnya untuk sembilan isteri.
Lalu 27 gundik dipilih secara bergiliran, sembilan orang setiap malamnya.
Akhirnya, pada waktu malam ke sembilan, tiba giliran untuk 81 wanita lain yang dibahagi ke dalam sembilan kelompok.
Jadual tersebut dibuat untuk memastikan sang maharaja meniduri perempuan kasta tertinggi pada waktu hampir bulan purnama, ketika kekuatan perempuan atau Yin berada pada taraf puncak sehingga berkebolehan menyamai kekuatan lelaki atau Yang.
Menjadi maharaja berkuasa seharusnya berstamina. Tujuannya iaitu untuk mendapatkan calon pewaris takhta kerajaan yang terbaik.
Difahamkan sebelum menjalani proses meniduri 121 wanita, maharaja akan disediakan pelbagai makanan yang kaya dengan protein, jamu dan keperluan lainnya.
Sumber : (Seto Aji Nugroho/GridHot)