“Dia peluk i, nak tarik pergi tangga” - Wanita Diekori & Diganggu Lelaki ‘Pelik’ Dalam Lif
Friday, October 29, 2021

Tular dua rakaman video di laman Twitter memaparkan seorang gadis berdepan detik cemas selepas mendakwa diganggu seorang lelaki ketika di dalam sebuah lif menuju ke unit kediamannya di tingkat 10.
Rakaman tersebut dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter, @ainasaffiyahh tengah hari tadi yang mempersoalkan kewujudan lelaki ‘gatal’ seperti itu kerana sering melakukan gangguan seksual terhadap golongan wanita.
Sewaktu rakan kepada @ainasaffiyahh mahu pulang ke rumah, di diekori oleh seorang lelaki berumur dalam lingkungan 20-an ketika masuk ke dalam lift untuk menuju ke rumahnya.
Semasa nak naik rumah hanya mereka berdua sahaja di dalam lift tersebut, bila dah sampai tingkat 3, lelaki tersebut terus ‘menahan’ lift, pada waktu ini mangsa dah mula rasa tak sedap hati.
Mengikut firasat mangsa, itu adalah tingkat kediaman mangsa, tetapi dia enggan keluar. Katanya, lelaki itu masuk semula ke dalam lift seperti mahu ikut dia balik.
Dalam video tersebut, dilihat pintu terus tertutup dan mangsa dah mula rasa tak sedap hati, malah tidak dinafikan sebagai seorang wanita, semestinya mangsa dalam keadaan ketakutan.
Berdasarkan perkongsian video pertama, gadis terbabit mendakwa suspek berkemungkinan tinggal di tingkat tiga namun tidak turun di aras itu sebaliknya mengekori mangsa naik ke tingkat atas.
“I baru balik then dia follow i naik lif sekali. Ingat dia nak balik jugak la, mungkin orang ni tinggal sini jugak. Tapi i tak pernah nampak dia.
“Dah sampai tingkat tiga, tingkat rumah dia mungkin tapi dia tahan, pastu dia masuk lif (balik) macam nak follow i naik,” tulisnya.
Menerusi video kedua pula, gadis itu mendakwa suspek mula bertindak melampau selepas tiba di tingkat kediamannya dengan menghalang selain memeluk serta cuba untuk meraba mangsa.
Sementara itu, menerusi kemas kini terbaru, @ainasaffiyahh berkongsi sekeping foto mendakwa suspek sudah ditangkap namun diketahui sama ada oleh pihak polis atau orang awam.
Hasil info yang diperolehi adalah, lelaki yang berasal dari Kelantan tersebut berumur dalam lingkungan 20-an dan bekerja sebagai penghantar makanan. Kata Aina lagi, dia kini emnumpang di rumah kawannya yang terletak di Petaling Jaya, Selangor.
Bagaimanapun, suspek telah ditangkap, Aina memaklumkan kepada team Lobak Merah bahawa kejadian ini berlaku semalam di sebuah kawasan perumahan di Lembah Subang.
Thread yang dikongsikan ini telah meraih lebih dariapda 10K jumlah retweets dan rata-rata netizen bengang dengan pelaku serta ada yang rasa gerun bila melihat insiden ini.
Sumber: Twitter @ainasaffiyahh
Kredit: ohmymedia & Lobak Merah