“Dulu Kawin Orang Persoal Boleh Hamil Ke?, Sekarang Sibuk Risau Cara Beranak Pula”

“Dulu Kawin Orang Persoal Boleh Hamil Ke?, Sekarang Sibuk Risau Cara Beranak Pula”
Share

Disangka budak kecil atau pelajar sekolah rendah, kisah wanita berusia 27 tahun bernama Syakila Norazma Amira pernah tular awal tahun ini kerana mempunyai tubuh yang sangat genit. Berkahwin dengan lelaki yang tinggi lampai, kisah cinta dan perkahwinan mereka berdua menjadi perhatian penuh selain menjadi simbolik keikhlasan menerima pasangan seadanya.

Sekitar Mac lalu, seorang jejaka berusia 19 tahun ini telah membuktikan keikhlasan cinta tatkala mene­rima wanita kerdil 118cm sebagai isterinya. Sejak tularnya pernikahan ‘cute couple‘ ini, perkembangan rumah tangga pasangan Muhammad Azri Zaidi dan Syakila Nor­azma Amira sememangnya diikuti ramai pihak.

Terbaru, wanita ‘genit’ tersebut kembali curi tumpuan ramai apabila bentuk baby bump miliknya semakin terserlah . Pada Ogos lalu juga, Puan Yaya ada berkongsikan berita sedang hamil anak sulung mereka selama 11 minggu. Pergi ke klinik bagi melakukan pemeriksaan kesihatan janin, ketika itu dia sempat meminta doa baik netizen semoga kandungannya selamat dah terhindar khususnya daripada wabak Covid-19

Baca Juga

Menerusi beberapa video di Instagram dan TikTok, pasangan suami isteri ini dilihat ceria dapat pergi bersiar-siar biarpun kandungan bakal masuk usia 6 bulan. Lebih manis lagi, Syakila juga mendedahkan bahawa anak sulung mereka dijangka bakal lahir Februari tahun hadapan.
Namun begitu, Syakila meluahkan rasa kecewa terhadap segelintir netizen yang memberi komen berbaur negatif kepadanya. Melalui satu hantaran di IG Story, wanita berusia 27 tahun ini akui masih ingat lagi ada mulut-mulut ‘tidak enak’ yang mempertikainya seolah-olah dirinya, sukar dapatkan zuriat ketika bernikah dulu. Namun ujarnya, kuasa dan rezeki daripada Allah S.W.T. jauh lebih besar daripada jangkaan manusia.

Tak cukup dengan itu, selepas berbadan dua ramai pula yang sibuk komen tentang caranya untuk bersalin nanti memandangkan dia bersaiz kecil. Memilih untuk tidak berikan respon terhadap sikap netizen yang sibuk jaga tepi kain orang lain, sebaliknya Syakila hanya menyerahkan perkara tersebut kepada Yang Maha Esa.
Sumber : IG buyaaaa & azry.vs__
close

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel