Gosip Jadi Isteri Kedua Ahli Politik, Erra Fazira: ‘Tak Habis-Habis Cerita Pasal Kahwin!’
Monday, October 11, 2021
Nama penyanyi dan pelakon, Erra Fazira menjadi perbualan hangat netizen sejak semalam lagi susulan khabar angin mendakwa pelakon berkenaan sudah berkahwin dengan seorang ahli politik.
Menerusi posting yang dimuat naik oleh Abam Kumis di Twitter, lelaki berkenaan mendakwa bahawa Erra Fazira dikatakan telah menjadi isteri kedua kepada seorang ahli politik.
Lelaki berkenaan mendakwa dia mengetahui berita berkenaan daripada jiran ‘pengantin baru’ tersebut dan mengatakan pelakon berkenaan telah berpindah serta duduk serumah dengan ahli politik tersebut.
Dalam pada itu, pemilik nama Fazira Wan Chek memuat naik satu posting di Instagram beserta kapsyen seolah-olah merungut apabila perkara seperti itu dibangkitkan sekali lagi.
“Apooooo. Tak habis-habis cerita pasal kahwin ni. Apa-apa pun orang memang suka bercakap, jadi biarlah mereka berseronok.”
Sumber : abam_kumis, errafazira