"Ini baru betul punya marah!” – Lelaki ‘Koyak’ Man Utd Kalah 5-0, Terus Balik Tanpa Baju
Monday, October 25, 2021

Kalau korang mengikut rapat perkembangan semasa Liga Perdana Inggeris (EPL), pasti korang tahu bahawa baru-baru ini pasukan Liverpool telah membelasah musuh ketat mereka, Manchester United dengan keputusan 5-0 di gelanggang Old Trafford.
Keputusan yang agak memalukan tersebut menimbulkan kemarahan ramai penyokong The Red Devils, hingga ada yang buat keputusan untuk campak jersi sampai ke bumbung!
Melalui akaun Twitter Sukan Star, seorang lelaki dilihat sedang menonton perlawanan tersebut beramai-ramai pada skrin besar di sebuah warung. Melihat prestasi pasukannya didominasi oleh pihak lawan, lelaki tersebut terus mengamuk dan mengoyakkan jersi Man Utd yang dipakainya.
Tidak cukup dengan itu, lelaki tersebut turut bertindak mencampak jersi malang itu hingga ke bumbung warung tersebut. Aksi lelaki itu menjadi hiburan kepada orang sekeliling yang turut tertawa.
Lelaki tersebut naik berang lalu menendang sesuatu di lantai, sebelum berjalan pulang tanpa memakai baju.
Zalim sungguh pelaku dalam video ni. Zalim tu maksudnya meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya.
— SUKAN STAR (@sukanstar) October 25, 2021
Jersi tu letak di badan pun tak layak, apatah lagi di tempat tinggi mcm di bumbung. Di kaki je patutnya #GGMU pic.twitter.com/XimSXynowB
Twitter, rata-rata netizen terhibur melihat lelaki itu ‘koyak’. Sebenarnya tindakan beremosi ketika menonton bola sepak ni boleh dikatakan normal, lagi-lagi bila pasukan yang kita sokong tu kalah teruk.