“Jagalah kat situ, kami tak ganggu” – Rakaman ‘Entiti’ Jaga SJR Ganti Petugas Masa Hujan Lebat

“Jagalah kat situ, kami tak ganggu” – Rakaman ‘Entiti’ Jaga SJR Ganti Petugas Masa Hujan Lebat
Share
Semenjak dah boleh rentas negeri ini, kebanyakan jalan raya jammed sebab semua orang berpusu-pusu nak pulang ke kampung halaman berjumpa ibu bapa dan saudara.

Jadi, seorang petugas Sekatan Jalan Raya (SJR) yang sedang menjaga di kawasan Bukit Yong, Pasir Puteh semalam tidak sengaja terakam ‘sesuatu’ ketika sedang berehat menunggu hujan lebat berhenti. Dikatakan penampakan yang berada di situ bukan satu sahaja, tetapi yang jelas ada dua!

Pun begitu, pelbagai spekulasi yang telah diberikan oleh para netizen di ruangan komen. Kebanyakan mereka dapat melihat dua penampakan. Namun, ada segelintir yang mungkin mempunyai kelebihan ‘six sense‘ mengatakan bahawa mereka dapat melihat lebih daripada dua entiti di situ.
@riszara143

Bagi Jelah Dia Nak Jaga😅Time2 Hujan Ni😅🤣

♬ bunyi asal Rosli Mahmood - Amir Asyraf
Pelbagai gambaran seperti pocong, kera besar, makhluk berwarna putih dan bersaiz besar tinggi telah didakwa oleh para netizen tersebut. Ada juga yang mendakwa dalam video tersebut, mereka melihat lima penampakan yang dipercayai sekeluarga.

Walaupun begitu, masih ada juga beberapa komen yang memberitahu bahawa mereka tidak dapat melihat apa-apa langsung di dalam video tersebut. Ada juga komen yang memberi tips untuk detect kehadiran makhluk tersebut dengan mengesan bau yang dikeluarkan.
Sumber/Kredit: LobakMerah

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel