“Jujurnya aku capek” – Lucinta Luna Akhirnya Muncul Sebagai Lelaki Akui Penat Menjadi Perempuan?

“Jujurnya aku capek” – Lucinta Luna Akhirnya Muncul Sebagai Lelaki Akui Penat Menjadi Perempuan?
Share

Personaliti Indonesia bernama Lucinta Luna ini memang tak asing lagi dengan orang-orang di Malaysia lebih-lebih lagi lepas dia pernah berduet bersama Dato Sri Aliff Syukri dan Sajat untuk lagu Bobo Di Mana.

Macam yang korang tahu, sebelum ini Lucinta Luna telah membuat beberapa perkara untuk buktikan bahawa dia seorang wanita tulen termasuk baru-baru ini membuat prank dia mengandung.

Bagaimanapun, baru-baru ini, Lucinta telah mengejutkan ramai netizen apabila dia muncul berpakaian seperti lelaki ketika ditemubual oleh YouTuber Indonesia, Boy William.

Lucinta Luna dilihat mengaku yang dia sebenarnya dah penat menjadi seorang perempuan dan kini mahu berpakaian seperti lelaki dan dipanggil dengan nama sebenarnya Muhammad Fatah.

Baca Juga

Ketika ditanya adakah dia berani untuk tunjukkan kepada satu negara identiti sebenarnya itu adalah lelaki, Lucinta mengatakan yang dia dah tak peduli tentang komen orang lain mengenai dirinya.

Namun kalau korang tak tengok video ni sampai habis, korang takkan tahu sebenarnya di akhir video, Lucinta telah buka rambut palsunya dan mendedahkan yang dia adalah perempuan dan suara garau sepanjang temubual tadi adalah suara rakannya.



“Gue itu sebenarnya mahu prank lo. Gue itu perempuan…”
close

Lelaki yang dikatakan menyamar menjadi suara Lucinta Luna sebagai Muhammad Fatah ini kemudiannya memunculkan diri dari belakang piano dan mengatakan dia telah bekerja dengan Lucinta selama tiga tahun dan mengaku Lucinta adalah perempuan asli.

Sumber: Lobak Merah

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel