“Kalau nampak saya berbeza tu... berbezalah” - Tiada rancangan umum kehamilan, Neelofa biar peminat nilai sendiri

“Kalau nampak saya berbeza tu... berbezalah” - Tiada rancangan umum kehamilan, Neelofa biar peminat nilai sendiri
Share
MASIH mahu peminat berteka-teki, pengacara Neelofa memberitahu dia tidak merancang untuk membuat pengumuman mengenai hal berkaitan kehamilannya itu.

Meskipun acap kali ditembak soalan sama, isteri kepada pendakwah, Haris Ismail ini tetap dengan keputusannya untuk tidak mengesah atau menidakkan soal kehamilan.

Sebaliknya, Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor, 32, hanya menyerahkan kepada orang ramai untuk menilai sendiri keadaan dirinya jika bertemu di luar.

“Orang yang bertemu saya di luar boleh nilai sendiri keadaan saya. Sejujurnya, saya tidak ada perancangan untuk mengumumkan sebarang perkara.

“Apa yang boleh saya katakan, saya amat memerlukan doa, kata-kata dan komen-komen yang positif dari semua orang. Nak cakap lebih pun takut,” 

"Secara jujurnya saya tiada plan nak buat pengumuman seperti itu. Saya hanya perlukan doa.” katanya.

Katanya, dia menyerahkan kepada masyarakat di luar sana untuk menilai keadaannya pada ketika ini.

Neelofa ditemui pada majlis tandatangan kerjasama antara Neelofa X Tabung Haji X The Noor Apps di Th Hotel Kelana Jaya pada Rabu.
“Untuk sesetengah orang, perkara seperti ini sedikit sensitif. Apa yang boleh saya kongsikan, kita lebih digalakkan untuk berkongsi tentang kelahiran berbanding kehamilan, itu lebih baik.

“Sebab, sepanjang fasa tersebut, apa-apa pun boleh berlaku. Jadi kerana itu, jika ada yang bertanya, saya lebih suka minta mereka doakan saya berbanding yang sebaliknya.

"Kalau orang nampak atau tanya saya lebih suka minta mereka doakan sahaja," ujarnya.

Neelofa dan Haris, 26, mendirikan rumah tangga di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac lalu.

Sumber: utusan, mStar (Amir Hazlan)

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel