“Kekayaan Boleh Buat Orang Lupa” Lufya Omar Bagi Satu Nasihat Boleh Buat Kak KM

“Kekayaan Boleh Buat Orang Lupa” Lufya Omar Bagi Satu Nasihat Boleh Buat Kak KM
Share

ISU promosi produk secara keterlaluan di media sosial tanpa kawalan cukup membimbangkan lebih-lebih lagi apabila ia boleh merosakkan pemikiran golongan bawah umur.

Bimbang aksi tidak senonoh semakin menjadi ikutan peniaga yang ingin melariskan produk, pelakon Lufya Omar berharap teguran terbuka para pendakwah sejak kebelakangan ini dapat dijadikan panduan dan iktibar.

Kata Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar, 36, adalah lebih baik jika para peniaga menggunakan kaedah yang lebih kreatif berbanding lucah dan memalukan.

“Saya rasa tak perlu la buat macam tu (cara luc4h) berniaga untuk tarik perhatian orang ramai. Lebih baik berniaga ikut cara Islam.

“Tak perlu luc4h sebab agama kita tidak benarkan cara macam tu,” katanya ketika dihubungi mStar.

Lufya sebelum ini menerusi ruangan komen di Instagram pendakwah bebas Asma Harun menyatakan kebimbangannya tentang budaya promosi produk secara keterlaluan di media sosial.
Komen berkenaan dibuat pada posting teguran Asma kepada usahawan sensasi Liana Rosli atau dikenali sebagai Kak KM yang sebelum ini kecoh selepas ‘bertikam lidah’ dengan pendakwah PU Syed.

Dalam pada itu Lufya berkata walaupun dia tidak begitu mengenali Kak KM secara dekat, namun mendoakan agar anak kepada dram4tis terkenal Normah Damanhuri itu terbuka menerima tegvran.

“Saya tak kenal dia tapi pernah terserempak dalam satu event. Dia friendly… kita suka dia dan kadang-kadang dia kelakar.

“Dia sepatutnya bersyukur sebab ramai orang tegur dia, orang sayang kat dia

“Lagipun dia tengah mengandung sebab tu la tak elok buat iklan macam tu. Mungkin kekayaan ni boleh buat orang lupa.

“Dia sepatutnya bersyukur sebab ramai orang tegur dia, orang sayang kat dia,” katanya.

Sementara itu Lufya turut menegur rakan selebriti yang dilihat agak terbuka menerima reviu berbayar tanpa memilih kandungan yang sesuai.

Menurutnya sebagai influencer dan selebriti, mereka sepatutnya mempunyai pengetahuan tentang sensitiviti dalam masyarakat dan bukannya semata-mata untuk dapatkan duit.

“Orang terima reviu macam tu sebab tak ada ilmu dan tak ambil kisah. Kena fikir sebagai influencer tindakan kita akan jadi ikutan orang.

Lufya harap Kak KM terima tegvran yang diberikan dengan hati terbuka.

“Kalau saya dapat tawaran yang tidak sesuai, saya akan tolak sebab berpegang kepada satu benda iaitu hormat agama. Tak sesuai untuk t0ntonan umum terutama anak kecil.

“Sepatutnya minta content lain daripada client dan jangan langgar panduan agama kita. Buat yang lucu dan tak lucah. Jangan takut tolak iklan yang sebegitu sebab Allah yang bagi rezeki,” ujarnya.

Sumber: Trending sangat

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel