“Kuasa siapa melepaskan perbualan itu?” - Shahrol Shiro pertahankan rakan artis, tuding jari pihak produksi isu ‘content’ rog*l

“Kuasa siapa melepaskan perbualan itu?” - Shahrol Shiro pertahankan rakan artis, tuding jari pihak produksi isu ‘content’ rog*l
Share
ISU ketelanjuran aktor Fauzi Nawawi mengupas tentang lakonan aksi rogol dalam sebuah program televisyen turut menarik perhatian pelawak Shahrol Shiro.

Tampil menyuarakan pandangannya mengenai isu ini, Shahrol atau nama sebenar Shahrol Azizie Azmi, 37, berkata pihak produksi sepatutnya bertanggungjawab dalam menerbitkan sesuatu program.

"Secara pandangan peribadi, artis hanya menjawab soalan yang diberikan... mungkin kesalahannya adalah mengupas isu tersebut lebih mendalam meskipun ianya soalan spontan dari hos tapi kuasa siapa untuk melepaskan perbualan tersebut?

"Jika ianya adalah sebuah rancangan yang direkod ia adalah tanggungjawab pihak produksi untuk memotongnya dan jika ianya live pihak produksi juga berkuasa untuk censored bahagian tersebut.

"Supaya tidak lebih mengarut dan keterlaluan sebab itu hos rancangan memakai earpiece supaya produksi dapat berhubung terus dengan pengacara jika ianya sensitif," katanya menerusi laman Instagram pada malam Rabu.

Bersama kapsyen tersebut, dia turut memuat naik paparan skrin laporan mStar mengenai permohonan maaf yang dibuat Fauzi Nawawi selepas tular rakaman temubual berkenaan.

Dalam pada itu, Shahrol turut mempersoalkan kualiti program komedi yang dilihat terlalu terbuka menyentuh beberapa isu sensitif termasuklah mengenai rogol.

Mengimbau kembali kejadian pada tahun 2012, Sharol berkata dia dan kumpulannya Shiro pernah disaman oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kerana terlanjur menyebut perkataan rogol semasa dalam pertandingan Maharaja Lawak Mega (MLM).
"Inikah kualiti program komedi di Malaysia? Maaf bukan nak merendahkan lagi dan cuba mencari perhatian tetapi isu ini dekat dengan saya kerana dalam sejarah MLM kami adalah satu-satunya kumpulan yang disaman oleh MCMC kerana menyebut perkataan rog*l sewaktu MLM2012.

"Sepatutnya sejarah tersebut dapat menjadi pengajaran buat pihak produksi. Perkara telah pun terjadi, pihak produksi wajib bertanggungjawab atas segalanya dan jangan biarkan selebriti yang menanggung segalanya," ujarnya.

Sebelum itu tular rakaman video Fauzi berkongsi mengenai wataknya dalam sebuah filem yang memerlukan dia merog*l aktres Raja Farah.

Dalam rakaman temubual itu, hos iaitu Khir Rahman dan Shuk Sahar, Fauzi mengakui terpaksa mengawal nafsu ketika melihat Raja Farah.

Bagaimanapun, aktor tersebut telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Raja Farah dan suami serta keluarga yang terkesan dengan hal berkenaan.

Sumber: mstar

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel