Lepas 3 Tahun Bercinta, Pasangan Kekasih Terpaksa Putus Hubungan Talasemia

Lepas 3 Tahun Bercinta, Pasangan Kekasih Terpaksa Putus Hubungan Talasemia
Share
Sebelum berkahwin, setahu admin kita hanya perlu menjalani ujian darah untuk memastikan sama ada pasangan tersebut mempunyai HIV atau tidak kerana ia adalah salah satu syarat untuk berkahwin di Malaysia.

Tapi korang pernah dengar tak tentang penyakit Talasemia? Ia adalah penyakit berkaitan darah yang diwarisi secara genetik yang menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal.
Ia juga secara tak langsung akan buatkan saluran bekalan oksigen dan nutrien dalam badan jadi terganggu.

“Lepas 3 tahun bercinta, kami dapat tahu rupanya pembawa talasemia minor”

Disebabkan hal inilah sepasang kekasih di Indonesia memutuskan untuk berpisah dan kisah tersebut telah dikongsikan oleh @szasaccount di TikTok.

Menerusi video tersebut, pengguna TikTok ini memberitahu yang dia bersama kekasihnya sudah bercinta selama 3 tahun sebelum kedua-duanya mendapat tahu yang mereka pembawa gen talasemia minor.

Bimbang ia akan membawa risiko tinggi kepada anak-anak jika hubungan mereka diteruskan, pasangan ini akhirnya memutuskan untuk berp1sah.

Saya yang mengetahui hidapi talasemia terlebih dahulu. Kerana sudah lama bercinta, bapa meminta kami melakukan ujian talasemia.

“Kami tahu semua risiko jangka pendek dan panjang. Malah untuk buat ujian pun kami siapkan mental dan fizikal kerana bimbang keputusannya sama.

“Jadi ia bukan mudah buat kami. Menangis dan perasaan takut sudah kami lalui berbulan-bulan.

“Talasemia tidak boleh sembuh. Kalau boleh sembuh lain ceritanya. Dan ini risiko besar buat anak-anak,” tulis Szasa di komen.
Selepas berbincang, pasangan ini kemudian memilih untuk menjadi sahabat baik dan menjadikan hari terakhir mereka pada majlis perkahwinan abang teman lelaki tersebut.

Video yang mendapat lebih 363,000 likes ini menerima pelbagai komen positif daripada netizen dan ada juga memuji pasangan ini kerana memberi kesedaran kepada orang ramai betapa pentingnya membuat ujian talasemia sebelum berkahwin.

Apa-apapun ramai juga yang mendoakan semoga kedua-duanya bertemu dengan pasangan yang sesuai di masa hadapan.
Sebagai info, bagi individu yang telah disahkan sebagai pes4kit talasemia, korang kena pastikan pasangan hidup bukanlah pembawa gen penyakit ini kerana dibimbangi anak-anak bakal menghidap Beta Talasemia Major.

Penghidap penyakit ini memerlukan rawatan sepanjang hayat kerana penghasilan darah merah yang kurang dan tak dapat berfungsi secara optimum.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Lobak Merah

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel