“Makan kedai pun berdikari” - Jenuh menunggu, Lelaki ini masuk dapur kedai bancuh air sendiri

“Makan kedai pun berdikari” - Jenuh menunggu, Lelaki ini masuk dapur kedai bancuh air sendiri
Share

Sejak sektor perniagaan dibuka semula, kedai makan dan restoran sering dipenuhi dengan pelanggan yang sudah lengkap dua dosVakslnasi selain mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Kadang kala terdapat premis kurang pekerja membuatkan pelanggan merungut kerana menunggu pesanan terlalu lama sehingga ada yang bertindak di luar jangkaan seperti dilakukan seorang pemuda ini.

Menerusi satu posting di aplikasi TlkT0k, pemuda tersebut @aethesticloner berkongsi vide0 dipercayai dirakam oleh rakannya memaparkan dia sibuk membancuh minuman di sebuah dapur kedai mamak.

Menurut pemuda itu, dia mengakui sanggup berbuat demikian tanpa berasa segan setelah keletihan akibat bekerja. Apatah lagi sudah menunggu selama 30 minit, namun pekerja premis masih belum mengambil pesanan.

Baca Juga

“Aku dengan barainya, tk tidur sehari, penat balik kerja, memang hyper teruk la,” tulis pemuda berkenaan pada ruangan kapsyen.

Rakaman vide0 berdurasi seminit itu kelihatan @aethesticloner turut membancuh minuman untuk rakan-rakannya sebelum membawa ke meja makan mereka.
Video tersebut mendapat hampir 276,500 tontonan serta 1,500 komen warganet yang rata-rata terhibur dengan aksi sempoi pemuda itu ‘melayan diri’ seperti empunya kedai.
Sumber : Ohmymedia

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel