Malang sangat! Wanita ditembak mati selepas menyamar sebagai hantu

Malang sangat! Wanita ditembak mati selepas menyamar sebagai hantu
Share

BANDAR MEXICO – Tindakan seorang wanita yang menyamar sebagai hantu dengan niat untuk menakut-nakutkan jirannya berakhir tragedi apabila dia mati ditembak seorang penduduk, lapor akhbar New York Post semalam.

Ketika kejadian, mangsa yang tidak didedahkan identitinya itu dikatakan sedang merayau-rayau di jalan-jalan di bandar Naucalpan de Juárez, Mexico dengan memakai sehelai gaun putih dan kerudung.

“Wanita tersebut memakai gaun putih dan kerudung di kawasan gelap untuk menakut-nakutkan jirannya”

Wanita itu turut melaungkan kata-kata “Oh, anak-anakku”, dalam nada menyeramkan dengan meniru aksi hantu dikenali sebagai ‘La Llorona’ di Amerika Latin.

Menurut kepercayaan penduduk tempatan, hantu ‘La Llorona’ sering berkeliaran di jalan-jalan sambil meratapi kematian anak-anaknya.

Wanita tersebut dilaporkan berbuat begitu kerana mahu menakut-nakutkan penduduk di kawasan kejiranan San Miguel Doram pada 15 Oktober lalu.

Seorang penduduk berjaya merakam kelibat wanita itu tidak lama sebelum dia ditembak sebanyak beberapa das tembakan oleh seorang jiran yang takut melihatnya.

Suspek bagaimanapun telah melarikan diri selepas menembak mati wanita tersebut dan sehingga kini, belum ada tangkapan dibuat berkaitan dengan insiden tembakan itu.

Pihak berkuasa negeri telah melancarkan siasatan terhadap kejadian yang mengejutkan itu. – AGENSI 

Kredit: Kosmo!

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel