“Pakat Dok Panaih Aku Tak Vaksin” - Rita Rudaini Pelik & Geram Dengan Sikap Netizen Yang Divaksin
Wednesday, October 6, 2021
Pelakon jelita, Rita Rudaini mempersoalkan sikap netizen yang ‘panas’ dengan d1rinya yang tidak mahu divaksin.
Pelik Dengan Sikap Netizen Selepas Vaksin
Menerusi Insta Stories, Rita menyatakan bahawa beliau hanya berada di rumah dan meluahkan rasa pelik terhadap sikap netizen selepas mereka menerima vaksin.
“Aku kat umah jaa…semua kan di hujung jari sekarang ni..shop online ja. Pakat dok panaih aku tak vaksin. Aku pun tak faham depa ni sebenaqnya panaih pasal apa. Aku post benda kat IG takdak kena mengena dengan hidup tok nenek hampa pun hampa hangat.
“Heran..pelik sungguh per4
Angai segelintir orang selepas vaksin ni. jadi pendengk1, 24 jam hari-hari mengeji mengutuk orang tak vaksin, hati bvsuk, mengata mengumpat makanan hari-hari, sakit hati tengok life orang..Awat dok jadi lagu tu..”- soal Rita
Tambahnya lagi, beliau dianggap ‘meroyan’ oleh sesetengah netizen apabila membuat hantaran di media sosial.
“Bila kita cakap apa-apa, up apa-apa kata kita meroyan. Yang hangpa hari-hari dok mengeji orang tak vaksin dok panggil orang antivacc kat fb/ig tu bukan meroyan? Ooo tu zikir kan?- ujar Rita
Dalam pada itu, pelakon filem Mami Jarum ini turut meluahkan rasa ‘syukur’ kerana menerima kej1an daripada netizen setiap hari.
“Pakat ketaq bi*i ketaq pe**aq dengan aku yang tak vacc ni pasai apa? Hari-hari depa nie dok ‘zikir’ pasal aku… Dengaq cerita dari orang production kat set pun hari-hari dok ‘zikir pasal aku.
“Hebatnya insan yang bernama RITA RUDAINI ni..Setiap hari orang keji dia.. Syukur alhamdulillah…’zikir’ lagi dan lagi dan lagi dan lagi please.”- kongsi Rita
Sebelum ini, Rita pernah mendedahkan bahawa nama beliau digugurkan daripada sebuah tawaran biarpun sudah lama dimuktamadkan gara-gara prosedur Operasi Standard (SOP) MKN. Beliau turut menyifatkan Malaysia seolah-olah sebagai sebuah negara diskriminasi yang dalam kesusahan sehingga terpaksa naikkan ‘bendera putih’.
Sumber: Murai