Ramai ‘Unfollow’ Zara Zya, Sakit Mata Tengok Iklan Produk Mantapkan ‘Aset’
Friday, October 8, 2021
Tindakan pelakon Zara Zya mempromosikan pelbagai produk berkaitan ‘aset’ wanita di laman Instagram mengundang rasa kurang selesa pengikutnya apatah lagi membawa imej artis berhijab.
Namun menurut laporan Harian Metro, pemilik nama Zainurul Razia Mohd Zainuddin itu menganggap ia bukan sesuatu yang keterlaluan selain mengakui tidak boleh menghalang netizen untuk bersuara.
“Dari segi pemahaman saya, ia bukanlah keterlaluan, cuma segelintir rakyat Malaysia terlalu sensitif. Lebih-lebih lagi untuk produk sebegitu.
“Namun, terpulang kepada diri mereka sendiri. Saya pun tak boleh nak cakap banyak mengenai perkara itu.
“Kalau kita pandang sesuatu dari sudut positig, maka ia akan jadi positif. Kalau benda yang dipandang negatif, ia akan jadi negatif,” kata pelakon berusia 35 tahun itu.
Menerusi beberapa muat naik video, dapat dilihat pelakon drama Love You Mr. Arrogant itu melakukan ‘paid review’ produk seperti memantapkan punggung dan payu dara.
Berikutan itu, terdapat segelintir pengikutnya meluahkan rasa kesal dan terpaksa berhenti mengikuti akaun Instagram miliknya kerana tidak mahu menonton ‘bahan’ seperti itu.