“Saya Bukan AntiVaksin, sebaliknya…” Rita Rudaini jelaskan perkara sebenar
Thursday, October 14, 2021
Kuala Lumpur: Pelakon Rita Rudaini menafikan dia menolak untuk mengambil suntikan vaksin C0vid9, sebaliknya berpegang kepada prinsip untuk menerimanya apabila diiktiraf di seluruh dunia.
Rita mengakui dia dihntam teruk netizen yang tdak mengetahui sebab dan prinsip yang dipegangnya. Lebih menyedihkan apabila prinsipnya itu disalah tafsir banyak pihak.
“Suntikan vaksln masih lagi berada dalam ujian klinikal dan uji kaji, malah dalam Parlimen pun tdak memaksa untuk mengambil vaksin. Ia tdak termaktub sebagai sesuatu yang wajib lagi.
“Saya juga tdak mempengaruhi ahli keluarga yang sudah mendapatkan vaksn. Tidak salah untuk mengamalkan pemakanan sunnah untuk menjaga kesihatan, bukan saya amalkan ilmu hltam.
“Terpulang kepada individu sendiri, saya bukan menolak vaksin atau antivaksin, sebaliknya saya memerlukan sedikit masa lagi.
Apabila tiba masanya, pasti saya akan mendapatkan vaksln juga. Lagipun, saya jenis yang gemar duduk di rumah. Saya membeli barang keperluan secara dalam talian saja. Sesiapa yang mengenali saya pasti tahu, saya hanya keluar jika ada urusan saja,” katanya kepada Harian Metro.
Berkongsi mengenai sumber pendapatan, Rita bersyukur kerana rezekinya tdak putus biarpun diduga dengan pelbagai tohmahan dan cmuhan.
“Alhamdulillah. Walaupun tdak dibenarkan menjalani penggambaran, namun rezeki Allah datang daripada pelbagai sudut. Sedangkan ulat dalam batu pun boleh hidup, inikan kita manusia.
“Saya tidak mahu menyusahkan sesiapa, jadi saya bersetuju untuk tdak berlakon buat sementara waktu. Saya kini bergantung kepada perniagaan minyak wangi yang diusahakan dan kini sudah mencapai lebih 40 cawangan di pusat beli-belah AEON.
“Insya-Allah, sekiranya dipermudahkan minyak wangi saya ini bakal berada di 40 hingga 50 cawangan Watson pula. Saya percaya rezeki Allah ada di mana-mana,” katanya.
Sumber : Hmetro